World Wellness Weekend

Raikan Swacinta: Wellness Day 2024 (I Embody Me X WTCKL)

Campeón del bienestar

coordinator , private-person

other-sport , personal-dev , ...

Kuala Lumpur, Malaysia

Sertai kami untuk hari yang penuh dengan inspirasi, wawasan, dan transformasi di Raikan Swacinta Wellness Day sempena World Wellness Weekend 2024!

Kenapa Anda Perlu Hadir?

  • Interaksi Sesi Bincang Bicara: Ikuti tiga sesi Fireside Chat yang menarik yang dikendalikan oleh moderator dan ahli-ahli panel pilihan yang akan berkongsi tentang kesihatan mental, keyakinan diri melalui penampilan, dan kekuatan terapi seni.

  • Alami Kesejahteraan Fizikal: Sertai sesi kecergasan berkumpulan yang dibangunkan khas sempena acara Raikan Swacinta ini.

  • Raikan Ekspresi Diri: Nikmati pertunjukan fesyen pakaian aktif yang dinamik, menampilkan trend terkini dan meraikan positiviti badan.

  • Lawati Reruai Menarik: Kunjungi pelbagai reruai menarik sepanjang hari bersama rakan-rakan dan keluarga.

  • Menangi Hadiah Bertuah: Terdapat hadiah bertuah untuk dimenangi oleh pengunjung daripada barisan penaja.

Sesi Fireside Chat:

(1) Pelihara Kesihatan & Kesejahteraan Mental
Moderator: JJ Fernandez
Panel: Dato’ Sri Dr Irmohizam Bin Ibrahim dan Puan Hana Halim

(2) Penampilan Ukir Keyakinan Diri
Moderator: Nazirul Mubin
Panel: Dr Felicia Soong, Kapten (B) Norisham Kadmin, dan Siranjivy Karpaya

(3) Seni sebagai Terapi
Moderator: Nazirul Mubin
Panel: Dr Fareez Vincent Amos, Ungku Ismail Ungku Aziz, dan Ratna Rashidi

Raikan Swacinta: Wellness Day lebih daripada sekadar acara; ia adalah perayaan perjalanan anda menuju penerimaan dan kasih sayang diri. Sama ada anda mencari cara untuk meningkatkan imej badan anda atau mencari cara baru untuk menghargai diri sendiri, Raikan Swacinta Wellness Day adalah peluang sempurna untuk berhubung dengan profesional yang mempunyai pemikiran yang sama dan menyelami hari yang penuh dengan kesejahteraan dan positif.

Jom turut serta meraikan swacinta di WTCKL! Daftar sekarang di https://bit.ly/RaikanSwacinta2024

Daftar sekarang dan sertai pergerakan yang meraikan kasih sayang dan penjagaan diri!

Actividades

Pronto anunciaremos actividades de bienestar.

Comentarios

¿Le gustaría dejar una reseña?